Monday, October 16, 2017

How to become professional engineer?

Assalam

Memandangkan aku ade masa terluang sekarang ni maka kali ni aku cerita pengalaman nak dapatkan professional engineer @ ir ni. Nak dapatkan professional engineer ni ada 2 cara:

1) melalui BEM (Board of Engineer Malaysia)
2 Melalui IEM ( Institution of Engineer Malaysia) 

Aku nak cerita yang melalui IEM ni, sebab aku dapatkan melalui cara yang ke 2 ni. Mula-mula apa yang nak kena buat?

step 1: Lepas je graduate dari universiti tu teruslah daftar dengan BEM sebagai Graduate Engineer. Sebab apa nak kena register? sebab perlu pengalaman sekurangnya 3 tahun sebelum boleh apply professional engineer. Walaupun dah kerja 10 tahun tapi tak daftar, semua pengalaman tu tak dikira.

step 2: Lepas dah cukup 3 tahun( lebih sebenarnya), aku pun apply la melalui IEM dengan menghantar design report & experience report yang telah disahkan oleh majikan. oleh kerana aku kerja dengan perunding maka xde la masalah nak dapatkan endorsement dari 2 orang ir tu. Untuk yang tak ada professional engineer dekat company korang tu, korang boleh pergi ke IEM isi log book scheme.

step 3: Dah hantar report tu semua kena tunggu meeting pulak. kalau dah approved nama korang akan dipublish dalah majalah iem untuk bulan yang tersebut. Kalau tak ada bantahan, lepas tu boleh la tunggu email bagitau appointed panel yang akan interview korang.

step 4: Bila dah dapat semua tu interviewer akan call korang set masa untuk interview. Biasanya dalam sebulan dari tarikh email tu. so, bila dah dipanggil tu korang prepared la apa yang patut ye. Masa interview ni ade 2 sesi, mula2 oral lepas tu essei. essei ni ade 13 soalan boleh download dekat website IEM.

step 5: Sekiranya korang lepas sesi tu, korang akan dapat email dari IEM mengatakan korang dah berjaya dan boleh collect sijil Member IEM (MIEM).

Step 6: Download borang A4 dari website & ada list sijil yang BEM perlukan untuk pendaftaran sebagai professional engineer. Lepas dah hantar tu tunggu pulak BEM meeting untuk admission. bila dah berjaya korang akan dapat sijil dengan no ir sekali.



P/S: Aku ambik 2 kali kot baru lepas.. huhu
Duration dari mula-mula hantar report sampai siap dapat nombor ir tu lebih kurang setahun.
Ni untuk professional engineer sahaja ye. professional engineer with practicing certificate kena ambik lagi 1 exam.
Mulai tahun depan IEM dah tukar format dah. Boleh refer dekat website diorg.

Saturday, October 14, 2017

Cerita tahun 2017

Assalam,

Dah lama sangat tak update blog ni. Plan tahun ni nak start blogging balik. tapi tak tau la semua ikut mood jugak macam-macam benda jadi tahun ni. Suka duka sedih gembira semua ada tahun ni. tak tau nak start kat mana dulu.

1) Kehilangan nenek tersayang.
Sejak kecik lagi aku duduk dengan nenek aku. Tetapi penghujung tahun 2016 kesihatan nenek mula merosot. Masih lagi aku ingat pada 17/02/2017, aku telah menghantar nenek aku ke hospital. Itulah kali terakhir aku menghantar nenek aku. 04/03/2017 nenek aku telah pergi mengadap Ilahi. tiada lagi panggilan istimewa untuk aku. dia panggil aku joe. dia menjaga aku dari kecil hingga dewasa. susah senang dilalui bersama. Dia nenek aku & panggil dia 'mak'. segalanya kini tinggal kenangan. tarikh 4-3-2017 akan diingati selamanya. mak telah pergi meninggalkan aku. Al-fatihah - Hjh Ramlah Bte Hj.Tahir

2) Kehilangan bapa.
Beberapa tahun lepas kesihatan bapa aku merosot akibat komplikasi darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Setelah dimasukkan di dalam wad ICU lebih kurang 2 minggu doktor telah memanggil kami semua memaklumkan bahawa alat bantuan pernafasan akan dicabut. Pada hari Jumaat 14-07-2017 bapaku telah meninggalkan kami semua. Al-fatihah - Mohd Azhar Bin Mat Jingi.

3) Jurutera profesional.
Tahun ni merupakan kali ke 2 aku menghadiri temuduga untuk jurutera profesional setelah gagal pada percubaan pertama pada tahun 2014. Alhamdulillah, percubaan kali ini aku berjaya dan sedang menunggu pengesahan dari Board of Engineer Malaysia (BEM) untuk proses pendaftaran. Next update aku share aku punya route to become profesional engineer.

Kenapa aku tulis semua ni? sebab aku taknak lupakan apa yang telah terjadi dan terus ingat kepada orang-orang yang aku sayang.

Terima kasih semua

Thursday, December 31, 2015

Harga RON95 dijangka jatuh lagi Januari ini

SHAH ALAM - Harga petrol RON95 dijangka jatuh 10 hingga 15 sen seliter pada Januari tahun depan dan menyaksikan ia dijual RM1.80 hingga RM1.85 seliter.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, anggarannya itu berdasarkan laporan harga minyak mentah, Brent bagi Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Namun begitu, Rafizi berkata, penurunan itu tidak mencerminkan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global dan menggesa satu mekanisme harga baharu dilaksana.

"Harga RON95 di Malaysia jatuh hanya tujuh peratus sejak Julai tahun lalu kepada RM1.95 seliter berbanding harga minyak mentah Brent yang menjunam sebanyak 66 peratus kepada AS$37 setong sepanjang tempoh yang sama.

“Perbezaan yang besar ini disebabkan kejatuhan mendadak nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Oleh yang demikian katanya, harga RON95 ditetapkan menggunakan formula bergantung kadar tukaran ringgit kepada dollar ini tidak lagi melambangkan kos sebenar seliter RON95 yang sepatutnya dibayar oleh pengguna kerana diherotkan oleh kadar matawang ringgit yang merudum.

“Saya mencadangkan supaya satu kaedah penetapan harga baharu diperkenalkan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar mata wang ringgit kepada dollar,” katanya.

Oleh itu, Rafizi mahu kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar melalui kaedah lain termasuk menghentikan semua kenaikan tambang pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain yang telah diumumkan setakat ini.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...i-ini-1.467290

harap-harap betul la. kalau turun 50sen lagi best. hehehe