SHAH ALAM - Harga petrol RON95 dijangka jatuh 10 hingga 15 sen seliter pada Januari tahun depan dan menyaksikan ia dijual RM1.80 hingga RM1.85 seliter.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, anggarannya itu berdasarkan laporan harga minyak mentah, Brent bagi Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.
Namun begitu, Rafizi berkata, penurunan itu tidak mencerminkan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global dan menggesa satu mekanisme harga baharu dilaksana.
"Harga RON95 di Malaysia jatuh hanya tujuh peratus sejak Julai tahun lalu kepada RM1.95 seliter berbanding harga minyak mentah Brent yang menjunam sebanyak 66 peratus kepada AS$37 setong sepanjang tempoh yang sama.
“Perbezaan yang besar ini disebabkan kejatuhan mendadak nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Oleh yang demikian katanya, harga RON95 ditetapkan menggunakan formula bergantung kadar tukaran ringgit kepada dollar ini tidak lagi melambangkan kos sebenar seliter RON95 yang sepatutnya dibayar oleh pengguna kerana diherotkan oleh kadar matawang ringgit yang merudum.
“Saya mencadangkan supaya satu kaedah penetapan harga baharu diperkenalkan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar mata wang ringgit kepada dollar,” katanya.
Oleh itu, Rafizi mahu kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar melalui kaedah lain termasuk menghentikan semua kenaikan tambang pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain yang telah diumumkan setakat ini.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...i-ini-1.467290
harap-harap betul la. kalau turun 50sen lagi best. hehehe
Thursday, December 31, 2015
Wednesday, December 30, 2015
Azam Tahun Baru
Checklist Azam Tahun 2015:
Beli Tanah - Tahun depan kot
Loss Weight - Azam ni tiap tahun. hehe
Title professional - cuba lagi tahun depan
banyak lagi sebenarnya belum dapat. memandangkan banyak dengan slumbernya aku membawa azam tahun 2015 ke 2016. Hehehe
Lelaki mengamuk isu kereta disita di JPJ
Anda dengar dan nilaikanlah. Banyak dah kes macam ni sebenarnya. Tak tau la apa nak cakap. Nak beli kereta kat Malaysia ni mahal sangat. Macam tak logik pulak kalau tengok harga kat Malaysia ni. Tu pasal la ramai orang pakai kereta klon ni. Ni aku tunjuk yang proton je, yang lain bole la cari sendiri. hehe
Monday, December 28, 2015
Kenapa Harga Projek Di Malaysia Tinggi?
Pernah tak korang terfikir kenapa harga projek ni tinggi? kadang-kadang sampai tak masuk akal. Kalau ikut logik projek mahal mesti la untung banyak, lepas tu boleh la dapat gaji lebih. kalau ikutkan gaji orang kerja construction ni tak banyak pun berubah dari dulu sampai sekarang ni. kenapa ye? ni aku fikir logik sendiri la.
1 - harga bahan binaan tak boleh nak ubah memang harga dia macam tu je la.
2- ada orang yang entah dari mana nak minta komisen.
3- kalau dah minta komisen tu faham-faham je la. mesti la untung dah kurangkan. jadi macam mana nak cover? nak cover dengan adjust gaji pekerja la. takkan nak curi barang pulak (curi jugak tu yang selalu runtuh tu).
lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni orang terdesak nak cari kerja. ape offer yang ada diorg sapu je. Betul ke?
1 - harga bahan binaan tak boleh nak ubah memang harga dia macam tu je la.
2- ada orang yang entah dari mana nak minta komisen.
3- kalau dah minta komisen tu faham-faham je la. mesti la untung dah kurangkan. jadi macam mana nak cover? nak cover dengan adjust gaji pekerja la. takkan nak curi barang pulak (curi jugak tu yang selalu runtuh tu).
lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni orang terdesak nak cari kerja. ape offer yang ada diorg sapu je. Betul ke?
Sekarang Kena Buat 2 Kerja Pulak..
Selamat Petang,
Mesti korang ada baca berita pasal benda ni.. Bukan senang tu nak hidup kat Malaysia ni. Pukul 5 belum tentu boleh balik tau. hehe Korang boleh la baca kat SINI. Tapi kalau 2 kerja tu dapat 2 gaji ok jugak. Aku pernah buat macam 2 kerja tapi bayar 1 gaji je. Macam mana tu?
Sunday, December 27, 2015
Intro
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa aku? sama jugak macam korang semua. Kenapa aku tulis blog? Saje nak share sebab aku tak berapa suka nak guna FB. hehehe.. Semasa blog ini ditulis aku sedang berkhidmat sebagai seorang jurutera untuk sebuah projek di KL. Tu je la kot sikit intro aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)